Thursday, 26 May 2016

sambungan intro

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penat berpuasa? Ada lagi belen 10 hari. Pergh!!! Lama gila alu ta kmenulis dalam blog ni. Ok! Aku janji lepas ni aku akan rajin2kan jari menari atas kibot.

Kita sambung cerita. Kat mana aku berhenti, eh? Ooo.. Ok. Kerja driving. Ya! Kerja aku sekarang driving aka pak supir. Bahasa kampung aku sebut pilot. Jadi pilot pusing-pusing benua Eropah makan angin sampai buncit perut.

Mercu tanda kampung Porche

Nak dimudahkan lagi bagi paham, kerja aku jadi tour guide cum pilot kenderaan untuk mereka yang pergi bercuti di benua Eropah. London? Paris? Amsterdam? Zurich? Frankfurt? Barcelona? Madrid? Rome? Ko cakap je.. InsyaAllah aku boleh cerita. Yang mana aku tahu lah.. Yang aku tak tahu, aku cakap tak tahu.. Muahahaha..

Ni antara part yg aku x berapa nak suka

Kerja aku sangat menyeronokkan. Tapi perlu pada pengorbanan. Besar. Sanggup dengan tidak je. Berbaloi ke tak dengan apa yang aku buat ni? Bergantung pada individu. Nak jadi kaya harta buat kerja aku ni, susah sket tapi kalau kena gaya, memang masyuk dan dapat berjalan banyak tempat. Sangat banyak.


Orang cakap, kalau nak bahagia, pilih dan buatlah kerja yang memang jadi minat kita. Aku setuju 100%!! Pada aku, kita memang patut buat kerja yang kita suka dan ada jiwa dalam pekerjaan kita. Alhamdullillah.. Allah bagi aku peluang buat kerja yang aku suka. Duit x banyak tapi x de la merempat mengemis nak bagi makan anak bini. Yang penting, aku enjoy dengan kerja dan boleh control stress level. Hehehehehe..


Ok. Sambung lagi nanti.

Wednesday, 25 May 2016

Intro beb!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kabare? Pinjam bahasa kawan aku. Wah.. Dah lama aku x menarikan jari-jemari aku di atas kibot laptop. Aku rasa sejak  2013 aku dah stop berblog. Liat rasanya nak mula balik aktiviti yang dah lama aku tak buat. Ini pun atas nasihat dan saranan kawan-kawan aku yang nak tahu apa kisah aku selama ni selepas x berblog. Ye lah, senyap je.. So, aku nak berkongsilah apa yang aku buat selama aku offline. Meh nak cerita. Kalau bosan, boleh tukar lain channel. Muahahaahh. Karat abih. Adeh!!!


Ok. Sejak 2013 aku dah x aktif sangat dengan dunia online ni. Selalunya aku berwassap dengan kelompok yang aku nak share saja maklumat terkini pasal aku. Kesnya, aku dah bertukar nature kerja. Dulu sibuk buatkan buku orang tapi sekarang sibuk driving. Ya! diulang, driving.. bukan diving! Orang macam aku ni memang tak boleh menyelam sebab faktor keselamatan. Paru-paru tak kuat. Senang masuk air. Muahahahahah...

ni la antara binatang tunggangan aku

Selepas bisnes aku yang telah aku bina sejak 2002 terhenti di penghujung tahun 2012, sebab salah aku jugak tak pandai jaga bisnes. Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. Memang salah aku sendiri. Padan muka. Lama jugak aku terkial2 mencari punca nak bagi makan anak bini dengan punca rezeki yang halal dan baik. Complacent kata orang barat. Konon dah stabil. Sekali kena pukul ribut, abis terpelanting pejabat, partner niaga dan yang sewaktu dengannya. Sob.. Sob.. Sob..

Ok.. intro tak boleh panjang, nanti bosan kan? Kan? Kan?

Kita sambung lain chapter, hokay?!!!

Au revoir!