Wednesday, 25 May 2016

Intro beb!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kabare? Pinjam bahasa kawan aku. Wah.. Dah lama aku x menarikan jari-jemari aku di atas kibot laptop. Aku rasa sejak  2013 aku dah stop berblog. Liat rasanya nak mula balik aktiviti yang dah lama aku tak buat. Ini pun atas nasihat dan saranan kawan-kawan aku yang nak tahu apa kisah aku selama ni selepas x berblog. Ye lah, senyap je.. So, aku nak berkongsilah apa yang aku buat selama aku offline. Meh nak cerita. Kalau bosan, boleh tukar lain channel. Muahahaahh. Karat abih. Adeh!!!


Ok. Sejak 2013 aku dah x aktif sangat dengan dunia online ni. Selalunya aku berwassap dengan kelompok yang aku nak share saja maklumat terkini pasal aku. Kesnya, aku dah bertukar nature kerja. Dulu sibuk buatkan buku orang tapi sekarang sibuk driving. Ya! diulang, driving.. bukan diving! Orang macam aku ni memang tak boleh menyelam sebab faktor keselamatan. Paru-paru tak kuat. Senang masuk air. Muahahahahah...

ni la antara binatang tunggangan aku

Selepas bisnes aku yang telah aku bina sejak 2002 terhenti di penghujung tahun 2012, sebab salah aku jugak tak pandai jaga bisnes. Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. Memang salah aku sendiri. Padan muka. Lama jugak aku terkial2 mencari punca nak bagi makan anak bini dengan punca rezeki yang halal dan baik. Complacent kata orang barat. Konon dah stabil. Sekali kena pukul ribut, abis terpelanting pejabat, partner niaga dan yang sewaktu dengannya. Sob.. Sob.. Sob..

Ok.. intro tak boleh panjang, nanti bosan kan? Kan? Kan?

Kita sambung lain chapter, hokay?!!!

Au revoir!

No comments:

Post a Comment